Sabtu, 2 Ogos 2014

PENGENALAN



Kesultanan Melayu Melaka


Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini.


Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka.

Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya:

  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut politik
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudut ekonomi
  • Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari sudt pendidikan